Friday, February 4, 2011

Prinsip dalam Islam

Dengan nama Allah..
Assalamualaikum warahmatullah...buat sahabt yang membaca..

Firman Allah s..w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam"

Apabila Jibril a.s bertanya kepada Rasulullah apakah itu Islam,maka baginda menjawab "Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah,menunaikan solat,berpuasa di bulan ramadhan,mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadat haji" (al hadist)

Prinsip Islam ada tiga iaitu :

  1. Islam sebagai panduan hidup(the way of life)
  2. Manusia sebagai hamba dan beribadat kepada Allah s.w.t
  3. Manusia sebagai khalifah yang mentadbir dan membangunkan alam 
Islam merupakan agama yang sempurna sebagai panduan hidup di dunia dan satu-satunya agama yang related dengan kehidupan ukhrawi.Antara sifat yang terdapat pada Islam ialah:
  1. Rabbaniyyah
  2. Uluhiyyah
  3. Ubudiyyah
  4. Syumuliyyah
  5. Waqi'yyah
  6. Thabat wa murunah
Maka dengan sifat-sifat yang ada,Islam menjadi agama yang menyeluruh dan mencakupi semua aspek dan cara hidup manusia.Tidak bersifat berat sebelah dan merujuk kepada bangsa arab sahaja.Wallahualam..