Saturday, January 29, 2011

Bagaimana lisanmu?


"Barangsiapa menjaga lidahnya, nescaya Allah menutupi auratnya, barangsiapa menahan murkanya, nescaya Allah melindunginya dari seksanya, dan barangsiapa mengemukakan alasan kepada Allah, nescaya Allah menerima alasannya" ( Hr.Ibnu Abid Dunya)


PEMBAHAGIAN PERKATAAN :


     Sesungguhnya perkataan itu ada empat bahagian dan dapat kita sama-sama jadikan perkongsian dan InsyaAllah apa yang saya mahu kongsikan ini penting untuk kita ambil tahu kerana sedar mahupun tidak sedar kita sedang mengalaminya, iaitu:

1. perkataan yang berbahaya semata-mata.
2. perkataan yang bermanfaat semata-mata.
3. perkataan yang di dalamnya terdapat manfaat dan bahaya.
4. perkataan tidak bermanfat dan tidak membahayakan.

Barangsiapa mengetahui halusnya bahaya-bahaya lidah sebagaimana yang saya akan sentuh, nescaya ia mengetahui dengan pasti bahawasanya apa yang telah di sabdakan oleh junjungan baginda SAW adalah "Fashul Khitab" (sesuatu yang pasti).




Video tersebut memberi sedikit penerangan tentang isu-isu yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat dan menunjukkan bahawa lisan atau perkataan yang buruk akan memberi kesan yang buruk pada diri.Lisan yang tidak terjaga daripada perkara mazmumah seperti mengumpat,mencela dan bercakap bohong akan membawa pemilik mulut itu ke dalam neraka.Nauzubillah..


Oleh itu,sebagai seorang muslim amat penting untuk kita menjaga lidah dan mulut daripada mengeluarkan perkataan atau ucapan yang buruk.Kerana pulut santan biasa,kerana mulut masuk neraka..wallahualam.

   
Umar bin Khattab r.a berkata: "Hindarilah apa yang tidak penting bagimu, jauhilah musuhmu, waspadailah teman karibmu dari kaum kecuali orang yang dapat dipercaya, dan tidak diperkatakan orang yang dapat dipercayai kecuali orang yang takut kepada Allah SWT.
sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah sekalian 

2 comments:

  1. Perkataan yang baik lahir dari hati yang baik dan berada dalam jasad yang tunduk pada Allah.Lidah ibarat singa yang kelaparan maka amat perlu untuk kita menjaganya dengan sebaik-baiknya agar tidak memakan diri sendiri.Perkataan yang baik dapat mengeratkan ukhwah manakala ucapan atau perkataan yang buruk akan membina jurang yang besar antara sesama manusia.Dalam berdakwah,dakwah bil lisan secara berhikmah amat perlu iaitu menggunakan perkataan yang baik dan memujuk hati-hati para dai'e bukan berkasar atau memaksa..wallahualam

    ReplyDelete
  2. “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya.”(HR. Bukhori dan Muslim)

    Hak Allah yg paling berat untuk ditunaikan adlh mnjga lisan.Skrnya x mampu berkata baik,diam adlh jalan terbaik.Wlaupun kdudukn diam itu lbh rendah drpd bkata baik,nmun masih lebih baik dibandingkan dari berkata perkara yang tak baik.

    ReplyDelete